fb fb fb fb fb

Perluas AI ke semua universiti penyelidikan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Pendidikan kecerdasan buatan (AI) akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta untuk tahun 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, angka itu meningkat sebanyak RM30 juta berbanding peruntukan RM20 juta sebelum ini.

"Universiti Malaya (UM) menumpukan AI bidang perubatan bagi menangkis tantangan penyakit maut seperti kanser.

"Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan mendepani ancaman keselamatan siber serba rumit, kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 Malaysia MADANI di Parlimen.

Pada masa sama Anwar bahawa kerajaan akan terus menyuburkan aktiviti penyelidikan, pembangunan, komersial dan daya cipta.

Tambahnya, dana R&D dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM510 juta bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

"Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment (MSE) turut disediakan dana RM170 juta. Tabung ini akan dimanfaatkan untuk menyediakan geran padanan untuk badan swasta dan industri memacu program R&D," katanya.

TETITIA YUSOFF