Perkukuh institusi negara demi demokrasi matang

FOTO HIASAN/RTM

KUALA LUMPUR , 27 Januari – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, menjunjung penuh titah Diraja yang menekankan keperluan memperkukuh institusi negara bagi memastikan kestabilan, ketelusan serta kematangan demokrasi di Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perkukuh institusi negara demi kestabilan, ketelusan dan kematangan demokrasi.
  • Hadkan jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal dan asingkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya.
  • Reformasi pendidikan mesti cegah ketidaksamaan; sekolah perlu jadi ruang selamat untuk nilai kemanusiaan.

Beliau menegaskan, cadangan reformasi institusi negara termasuk pengehadan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada dua penggal serta pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya merupakan tuntutan sebenar rakyat, khususnya generasi muda.

“Ini bukan reformasi komistik ini adalah reformasi terus yang dituntut rakyat. Had dua penggal ini bukan soal politik kematian ini soal prinsip bahawa jawatan perdana menteri adalah amanah dan bukan hak milik peribadi. Puan Yang di-pertua, saya juga menyokong penuh pengasihan peranan peguam negara dan pendakwa raya.

“Peguam negara ialah penasihat undang-undang kerajaan manakala pendakwaraya mesti bertindak secara bebas tanpa campur tangan politik jika kerajaan benar-benar serius mahu memburu perasuah maka kebebasan pendakwaan ini wajib dilaksanakan segera, katanya pada Sidang Perbahasan di Parlimen.

Pada masa sama, beliau turut menyambut baik pelancaran Pelan Pendidikan Malaysia 2026–2035, namun mengingatkan agar reformasi pendidikan tidak membuka ruang kepada ketidaksamaan.

Beliau turut membangkitkan isu buli di sekolah yang semakin membimbangkan, sambil menegaskan sekolah harus menjadi ruang selamat untuk membentuk nilai kemanusiaan, empati dan adab, bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata.