fb fb fb fb fb

Perkhidmatan Starlink bermula dengan IPT, sekolah di pedalaman

(Fahmi telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian
kepada wakil Starlink baru-baru ini/ FB Fahmi Fadzil)

PUTRAJAYA, 30 Julai- Kerajaan sedia bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet satelit termasuk Starlink, ke arah mencapai 100% akses Internet di kawasan berpenduduk.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ketika ini 97% kawasan berpenduduk di Malaysia mempunyai akses Internet manakala baki tiga peratus lagi berhadapan isu geografi lokasi.

Seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian.

Fahmi menerusi laman rasmi Facebook memaklumkan, Starlink akan memulakan perkhidmatan di institut pengajian tinggi (IPT) dan sekolah terlebih dahulu.

Beliau telah menyerahkan Lesen Pemberi Kemudahan dan Perkhidmatan Rangkaian kepada wakil Starlink baru-baru ini.

"Ia bagi membenarkan Starlink menyediakan perkhidmatan Internet satelit melibatkan IPT dan sekolah di kawasan pedalaman seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri minggu lepas," tambahnya.

(Fahmi berkata perkhidmatan Starlink bermula dengan IPT, sekolah di pedalaman)

Media Baharu