fb fb fb fb fb

Perkhidmatan POC Starlink, beri manfaat kepada penduduk Kg Orang Asli Kerling

Foto BERNAMA

HULU SELANGOR, 9 Mei- Penduduk Kampung Orang Asli Kerling menarik nafas lega apabila menerima manfaat rangkaian telefon dan capaian internet menerusi perkhidmatan Proof of Concept (POC) Starlink.

Peranti yang telah diaktifkan sejak semalam, kini telah mengubah hidup penduduk di kawasan berkenaan.

Tok Batin Kampung Orang Asli Kerling, Muhammad Taufik berkata, sebelum ini mereka mengalami kesulitan untuk mendapatkan capaian telekomunikasi berikutan lokasi kampung yang jauh.

"Kalau malam, benda penting kena cari capaian yang sesuai, mundar mandir bawa telefon.Memang payah, siapa duduk sini tahulah. Tidak kira bangsa apa, jenis telefon. Alamatnya memang nak buang sahajalah. Sekarang, sudah okay. Terima kasih YB dan pihak MCMC," kata Muhammad Taufik.

Malah, penduduk kampung turut mengalami kesukaran untuk berhubung sekiranya berlaku kecemasan.

"Kalau dekat sini, dari dulu susah nak dapat internet. Macam orang sakit, payah nak dapat.Terpaksa kita keluar untuk mencari capaian untuk hubungi ambulans. Penduduk di sini sudah banyak tahun, payah nak dapat," kata Rudy Muhammad.

Dengan adanya perkhidmatan POC ini, masalah perhubungan dengan kawasan luar dapat diatasi.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM