PUTRAJAYA, 21 Mei - Perkhidmatan rangkaian 5G mencapai 81.5 peratus liputan di kawasan berpenduduk setakat 30 April lalu.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penerimaangunaan bagi rangkaian 5G telah mencapai peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding Mac lalu.
Jelasnya, secara keseluruhan terdapat 13.2 juta akaun 5G dan ia merupakan pencapaian yang cukup positif.
"Sehingga 30 April 2024, capaian rangkaian 5G bagi kawasan berpenduduk telah mencecap 81.5% sehingga 30 April 2024, capaian rangkaian 5G bagi kawasan berpenduduk telah mencecah 81.5%.
"Manakala dari segi penerima gunaan,iaitu adoption rate untuk rangkaian 5G telah mencapai 39.2% ingin menyaksikan peningkatan 3.8% berbanding hujung bulan Mac tahun ini", katanya demikian pada sidang media di sini.
Bagaimanapun, kata Fahmi, kadar penerimagunaan dalam sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana masih rendah.
Justeru, bagi meningkatkan kadar penerimagunaan dalam sektor perusahaan, satu memorandum persefahaman akan ditandatangani antara MCMC dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dijangka akan mengumumkan proses tender bagi syarikat telco yang berminat membida rangkaian kedua 5G dalam masa terdekat.
Ini bagi memperkukuh kadar liputan rangkaian 5G dalam negara selain merancakkan lagi kadar penerimagunaannya.
Bagaimanapun, syarikat telco terlibat perlu memuktamadkan perjanjian langganan saham bersama Digital Nasional Berhad, DNB sebelum dibenar menyerahkan tender dalam bidaan rangkaian kedua 5G.
" MCMC akan mengumumkan proses tender yang akan membolehkan syarikat-syarikat yang ingin terlibat dalam bidaan bagi rangkaian kedua memasukkan bidaan masing-masing tapi prasyaratnya ialah hanya syarikat-syarikat yang telah melengkapkan SSA ini boleh memasukkan tender", katanya.