fb fb fb fb fb

Perkasa KRT, KPN peruntuk RM3.2 juta

Foto FB Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA, 20 Julai- Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, kira-kira RM837,000 daripadanya untuk pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan Skim Ronda Sukarela (SRS) yang akan memberi manfaat kepada 119 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

"Sebanyak RM2.175 juta dibekalkan untuk 69 buah kabin SRS yang baharu dan juga ketiga adalah lebih RM231,000 untuk membaiki kabin-kabin sedia ada di 18 kawasan SRS. 

"Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam komuniti," katanya ketika merasmikan Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM