fb fb fb fb fb

Perkasa pengangkutan awam, MARA Corporation bekerjasama dengan syarikat gergasi China

Foto FB TPM

SHANGHAI, 27 Mei- Kumpulan syarikat MARA Corporation meneroka bidang perniagaan baharu dalam sektor pengangkutan awam setelah menjalin kerjasama bersama syarikat gergasi China melibatkan sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bas di bawah anak syarikat MARA iaitu MARALiner dan syarikat tempatan, SKS Coach Builder Sdn Bhd akan menggunakan bateri elektrik (EV) bagi menggantikan bahan bakar fosil.

Tiga perjanjian bersama syarikat gergasi China iaitu CRRC Corporation Limited (CRRC), CRRC EV dan China Electrical Equipment Group (CEEG) di Shanghai.

Projek perintis itu telah dimulakan di Langkawi, melibatkan 200 buah bas.

Kerajaan menyasarkan tidak lebih 10 tahun usaha untuk menukarkan 60,000 bas diesel kepada bas EV.

"Kita lihat dalam jangka masa panjang, bukan sahaja pelepasan karbon tetapi kos jangka panjang, kosnya lebih murah daripada tenaga fosil."

"Yang penting kita melakukan game changer kepada pengangkutan awam di mana MARALiner yang beri perkhidmatan bas laluan jauh (bas ekspres) dan juga bas henti-henti," kata Zahid di Shanghai, hari ini.

Dalam pada pada itu, kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperincikan skim galakan untuk semua syarikat bas diesel bertukar kepada bas EV.

Ke arah itu juga, dijangka tidak kurang 5,000 lokasi akan dibangunkan pembinaan stesen pengecasan EV hingga akhir tahun ini.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM