fb fb fb fb fb

Perkasa hala tuju TVET, lahir lebih ramai golongan profesional

Kerajaan terus komited dalam memperkasakan lagi hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertujuan melahirkan lebih ramai golongan profesional dan teknikal berdaya saing dalam negara / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Kerajaan terus komited dalam memperkasakan lagi hala tuju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bertujuan melahirkan lebih ramai golongan profesional dan teknikal berdaya saing dalam negara

Ini selari dengan keperluan perindustrian negara dan kesediaan menghadapi teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) menjadi pengerak kepada pusat pengajaran serta latihan yang berorientasikan industri.

Selain menyediakan ruang fasiliti dan perkongsiaan kepakaran dengan syarikat antarabangsa

"Kerajaan amat menyokong pembangunan dan peluasan pusat latihan TVET sebagai kilang pengajaran. Pelaksanaan konsep kilang pengajaran merupakan sebahagian inisiatif model Pendidikan dan Latihan Berasaskan Industri (EBAC) iaitu pendidikan dan  latihan yang berpaksikan kepada institusi TVET sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran berorientasikan industri.

"Para pelajar berpeluang mendapat akses dan pendedahan secara terus kepada latihan dalam industri sebenar semasa di institut," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Sri Sh Mohmed Puzi Sh Ali di Dewan Rakyat.

Tambah Ahmad Zahid, kerajaan turut menggalakkan penglibatan industri dalam pembangunan kurikulum bagi program  baharu TVET.

Dalam menyangkal dakwaan TVET sebagai pilihan kedua, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah berkata pelbagai pendekatan dilakukan agar TVET mampu melahirkan tenaga kerja terlatih serta berkemahiran tinggi

Antaranya, dengan mempromosikan TVET melalui penceritaan kejayaan beberapa individu dan tokoh serta kolaborasi dengan beberapa syarikat industri kukuh yang menekan penglibatan 60 peratus latihan di syarikat terlibat manakala selebihnya melalui sesi pembelajaran

"Kita juga melakukan strategi pengintegrasiaan terutam program yang berkaitan IR4.0 serta gadget yang berteknologi tinggi dan kita lakukan ini kerana itu adalah kehendak pasaran dan kita terus mempertingkatkan kerjasama luar negara untuk mewujudkan lebih banyak lagi kolaborasi dengan TVET ini," katanya.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN