fb fb fb fb fb

Perkasa BM, perkukuh B. Inggeris, manfaatkan potensi ekonomi

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 9 Mei- Pemerkasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan perlu seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Bahasa Inggeris bukan sekadar mata pelajaran, tetapi membuka potensi ekonomi di peringkat global.

Empat aspek diberi penekanan dalam usaha pengukuhan Bahasa Inggeris.

"Jadi dalam aspek penggunaan bahasa ini, ia akan memberikan kesan langsung kepada hala tuju yang lain termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan juga digital.

"Jadi usaha seperti ini, kita harap dapat kita kembangkan, sebab itu saya buka ruang yang seluasnya untuk kita terus bekerjasama dengan semua pihak, khususnya dalam aspek-aspek yang saya sebut tadi dan hala tuju negara ketika ini", katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah ‘ELS Language Centres (ELS) English Language Ambassador Award Essay Writing Competition’.

Pertandingan yang menyediakan program penulisan bahasa Inggeris dalam talian untuk pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu telah mengumpulkan hampir 40,000 penyertaan pelajar dari 516 sekolah di seluruh negara.

ROSLINA BINTI DIN