fb fb fb fb fb

PM jumpa Putin, bincang kerjasama Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Persekutuan Rusia di sebuah hotel / BERNAMA

MOSCOW, 14 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, hari ini. 

Pertemuan di Kremlin merupakan agenda utama lawatan rasmi beliau ke Rusia.

Pertemuan kedua-dua pemimpin ini dijangka bermula pukul 1 tengah hari (waktu tempatan).

Mereka dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan potensi kerjasama Malaysia-Rusia dalam pelbagai bidang. 

Ini termasuk perdagangan, pelaburan, pertanian dan agrikomoditi, pendidikan, aeroangkasa dan tenaga.

Kedua-dua pemimpin juga dijangka bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Beliau juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishutin.

Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Perdana Menteri akan menerima kunjungan Mufti Besar Persekutuan Rusia (Grand Mufti of Russian Federation).  

MOHAMAD KHAIRIE KHALID