fb fb fb fb fb

Perjuangan reformasi PKR bawa perubahan

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM, 21 April- Setiausaha Agung Parti Keadlian Rakyat (PKR) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan reformasi yang diperjuangkan parti itu adalah untuk memberi manfaat supaya dapat dinikmati rakyat.

PKR melaksanakan perkara itu menerusi dasar pentadbiran negara  dan program-program yang mampu memberi manfaat kepada rakyat.

Ia juga meliputi pelaksanaan dalam aspek pengurusan kewangan negara.

"Pengurusan kewangan negara secara mikro, harus diurus dengan penuh bijaksana dan kita mungkin melakukan sesuatu perkara yang 'pahit' untuk jangka pende.

"Tetapi kita tahu, kita melakukan perkara yang betul, sebab itu kita mula berbicara tentang subsidi bersasar misalnya," katanya dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat ke 25 di Pusat Konvensyen Ideal, IDCC di sini.

Konvensyen khas itu diadakan sempena sambutan Jubli Perak penubuhan PKR, yang mencapai usia 25 tahun pada 4 April.

Meniti usia kematangan PKR, parti itu perlu sentiasa mengambil iktibar daripada perjuangannya termasuk ketika menjadi pembangkang dan semasa dalam kerajaan untuk tempoh 22 bulan sebelum ini (selepas Pilihan Raya Umum Ke-14).

Dalam masa sama PKR juga perlu mengelak daripada bersikap lupa diri dan terpersona dengan kuasa, sehingga melupakan asas perjuangan kerana kelekaan boleh menggagalkan usaha melakukan reformasi untuk membetulkan sistem lama, demi manfaat rakyat keseluruhannya.

Lebih 5,000 peserta dan perwakilan termasuk penyertaan secara dalam talian bagi peserta di Sabah dan Sarawak.

Sehingga 21 Mac, jumlah keanggotaan PKR meningkat kepada 1.15 juta ahli berbanding 1.13 pada 21 Jun 2023, iaitu pertambahan seramai 16,529.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI