fb fb fb fb fb

Perantau diminta terus patuh SOP ketika balik kampung

(Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman bercakap pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat sempena penganjuran Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan)

ALOR SETAR, 27 April - Para perantau yang pulang ke kampung di negeri Kedah khususnya dinasihatkan untuk terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Exco kesihatan negeri, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman berkata, ia bagi membendung penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat memandangkan jumlah kes dan jumlah saringan bergejala dilihat semakin berkurangan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan supaya masyarakat melakukan ujian kendiri dan sentiasa berhati-hati semasa berinteraksi di kampung halaman.

"Kita dah keluarkan nasihat kepada mereka yang balik ke kampung supaya buat ujian dulu lah, RTK untuk sendiri, kemudian kalau bergejala dia perlu lebih berhati-hati lah, untuk mengadakan interaksi di kampung," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat sempena penganjuran Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kedah, di sini.


(Foto fail)

Kejohanan yang akan diadakan bermula 1 Jun sehingga 28 Julai depan, melibatkan 800 peserta dalam kalangan kakitangan PBT.

Tahun ini, format yang berbeza dilaksanakan berbanding tahun sebelumnya kerana setiap PBT di negeri itu akan menjadi tuan rumah mewakili setiap acara sukan yang bakal dipertandingkan.

Antara acara sukan yang dipertandingkan termasuklah sepak takraw, tenpin boling dan bola sepak.

Media Baharu