
KUALA LUMPUR, 12 Mac– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha memerangi rasuah menuntut pembudayaan integriti dan amalan tatakelola yang menyeluruh, selain daripada penguatkuasaan undang-undang semata-mata.
- Menerusi kenyataan Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat JKKTN.
- Ketirisan wang awam dan salah guna kuasa diiktiraf sebagai ancaman serius kepada tadbir urus dan kesejahteraan rakyat termasuk kesihatan dan alam sekitar.
- Mesyuarat bersetuju melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah CeIO.
- Kerajaan komited memperkasa koordinasi strategik antara agensi dan menggalakkan penyertaan semua pihak dalam membanteras rasuah.
Menerusi kenyataan di laman Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN), hari ini.
Beliau menyifatkan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa sebagai ancaman serius yang merencatkan tadbir urus serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.
“..saya menegaskan keseriusan isu ketirisan wang awam dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merencatkan tadbir urus negara, malah menjejaskan kesejahteraan rakyat, termasuk kesihatan awam, alam sekitar dan integriti nasional,” kata Datuk Seri Anwar.
Menurutnya, bagi memperkukuh agenda pencegahan tersebut, mesyuarat bersetuju melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO).
Kerajaan turut komited memperkasa koordinasi strategik antara agensi serta menggalakkan penylibatan semua pihak dalam membanteras gejala rasuah secara tuntas.