fb fb fb fb fb

Perak perkukuh kerjasama pelaburan dengan Korea Selatan dan Jepun

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

PARIT BUNTAR, 28 April- Perak dalam kerangka memperkukuh jalinan kerjasama bersama Jepun dan Korea Selatan menerusi beberapa projek yang akan dibangunkan di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pertemuan kedua-dua pihak dijangka akan dilakukan pada Mei depan bagi membincangkan butiran lanjut mengenai kerjasama itu.

Beliau berkata kerjasama dua hala itu akan dapat memberi manfaat besar terhadap sektor pelaburan di Perak.

"Maknanya, kita kena mencari jalan untuk membina kilang-kilang perusahaan di sini. Maka, kita pergi lihat di Korea Selatan ini, bagaimana mereka memproses NREE itu menjadi magnesium."

"Selain itu, kita jemput dia datang untuk buka kilang di sini. Kemudian, kita ada dua syarikat yang datang berjumpa dengan saya. Kedua-dua syarikat ini berminat untuk melabur di negeri Perak dalam bidang farmaseutikal dan juga elektrik dan elektronik (ENE)," kata Saarani kepada pemberita semasa Majlis Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini.

Terdahulu, Saarani mengetuai delegasi kerajaan negeri dalam lawatan kerja ke Korea Selatan dan Jepun dari 20 hingga 27 April 2024 bagi menarik pelaburan dari kedua-dua negara terutama dalam industri mineral, kenderaan elektrik (EV), pengurusan sisa pepejal serta tenaga hijau.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM