
IPOH, 8 April – Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) selaras dengan pekeliling Kerajaan Persekutuan yang berkuat kuasa mulai 15 April ini.
- Kaedah pelaksanaan BDR sedang diperincikan di peringkat negeri bagi memastikan kesesuaian dengan keperluan semasa.
- Arahan sama, namun pelaksanaan di peringkat negeri mungkin berbeza mengikut keperluan setempat.
- Menteri Besar hadir Majlis Penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
- Edisi 2025/2026: 221 permohonan diterima, 123 projek diluluskan dengan peruntukan lebih RM393,000.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kaedah pelaksanaannya kini sedang diperincikan di peringkat negeri bagi memastikan ia bersesuaian dengan keperluan semasa.
“Kerajaan negeri akan melaksanakan dasar BDR bermula 15 April ini selaras dengan pekeliling Persekutuan.
“Namun, kaedah pelaksanaannya masih diperincikan kerana walaupun arahan adalah sama, pelaksanaan di peringkat negeri berbeza mengikut keperluan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Dana Kreatif Perak@PORT di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.
Bagi edisi 2025/2026, sebanyak 221 permohonan diterima dengan 123 projek diluluskan melibatkan peruntukan lebih RM393,000.
Sejak diperkenalkan pada 2019, sebanyak RM1.82 juta dana telah disalurkan kepada ratusan penggiat seni di negeri ini.