fb fb fb fb fb

Perak catat satu lagi kes kematian akibat denggi

FOTO BERNAMA

IPOH, 10 Oktober- Perak merekodkan satu lagi kes kematian akibat denggi sehingga minggu Epid 40/2024.

Ia menjadikan keseluruhan 13 kes kematian tahun ini dicatatkan di negeri berkenaan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A. Sivanesan memaklumkan kes terbaharu itu melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun di daerah Kinta.

"Ada satu kes kematian dicatatkan. Tahun ini sebanyak 13 kes kematian dan 11 daripadanya berlaku di daerah Kinta," ujarnya pada sidang media program sambutan Hari Mental Sedunia di Ipoh.

Bagi minggu Epid 40/2024, sebanyak 58 kes denggi didaftarkan berbanding 102 kes untuk tempoh sama, tahun lalu.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes denggi tahun ini sebanyak 5,956 kes berbanding 2,846 kes pada 2023.

Trainee2