fb fb fb fb fb

Penyelenggaraan LRA SSP1 perlu segera, elak komplikasi jangka panjang - Exco

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim

KUALA SELANGOR, 27 Mei- Penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang dijadualkan pada 5 Jun ini, perlu dilakukan segera bagi bagi mengelakkan komplikasi jangka panjang.

Menurut Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, ia mengambil kira faktor aset berkenaan yang berusia lebih dari 30 tahun.

Menurut beliau, penyelenggaraan berkenaan yang melibatkan penggantian injap kupu-kupu dan injap sluis di Pam Air Terawat Matang Pagar dan penyelenggaraan 'switch gear' di LRA SSP1.

"Suku pertama tetapi kita tangguh dari bulan Mei. Ada sekali kita dapat kelulusan awal bulan Mei kemudian kita rasa tidak sesuai, kita tangguh yang ni kita rasa."

"Ini ialah kerja besar sebab ia melibatkan penggantian. Kita nak letak yang baharu, injap yang baharu. Jadi, itu melibatkan penutupan," kata Izham kepada pemberita dalam sidang media selepas meninjau tapak penyelenggaraan LRA SSP1.

Kos bagi kerja-kerja berkenaan berjumlah RM500,000, juga mengambil kira kepentingan awam dan pelbagai langkah mitigasi telah diambil bagi meminimumkan kesan akibat gangguan bekalan air.

Kerja penyelenggaraan juga dijangka akan bermula awal bulan hadapan selepas beberapa kali penangguhan, mengambil kira musim perayaan dan faktor lain.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM