fb fb fb fb fb

Penyelarasan cuti hujung minggu, tunggu perkenan Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 4 Ogos- Cadangan penyelarasan semula cuti hujung minggu bagi negeri Johor akan dipersembahkan untuk mendapat pandangan serta perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ia susulan daripada hasil mesyuarat ketiga kerajaan negeri yang membincangkan mengenai cadangan berkenaan.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mesyuarat yang dijalankan turut melibatkan wakil-wakil sektor kerajaan, swasta, pendidikan, pemain industri termasuk perbankan dan juga Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

"Cadangan penyelarasan semula cuti hujung minggu menjadi perhatian utama mesyuarat berikutan perbezaan cuti melibatkan ibu bapa serta anak-anak.

Penyelarasan itu juga akan membabitkan 576,691 pelajar serta 1.764 juta tenaga kerja di Johor," kata kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasminya.

Tambah Hafiz, segala keputusan tidak akan menjejaskan usaha Johor ke arah pendigitalan seterusnya membolehkan pelbagai urusan dan sektor ekonomi dijalankan secara digital.

Peningkatan digital boleh menyumbang kepada kesejahteraan Bangsa Johor tanpa perlu ke kaunter fizikal.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi/FailBERNAMA)

 

Media Baharu