fb fb fb fb fb

Kerjasama kerajaan dan pemain industri, pastikan harga barang kekal kompetitif

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika ditemui pemberita

KUALA LUMPUR, 17 Jun - Kerjasama antara kerajaan dan pemain industri menjadi faktor penting dalam memastikan harga barangan kekal kompetitif.

Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerjasama itu sekali gus bagi mengurangkan pembaziran yang berpunca daripada punca ketirisan dan penyelewengan subsidi.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menyifatkan penurunan harga telur seperti yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar jelas menzahirkan perkembangan positif hasil daripada komitmen itu.

"Penjimatan itu berlaku kerana pihak industri pihak pengeluar mendapati mereka dapat mengawal kos. Di sini kita nampak kerjasama yang erat di antara pihak kerajaan, para pengeluar, pengusaha, sektor telur ayam.

"Inilah contoh bagi saya yang kita ingin lihat di sektor-sektor lain. Aspek makanan, keterjaminan makanan itu utamanya. jadi saya lihat ini satu perkembangan yang positif," kata Fahmi kepada pemberita dalam Program Ibadah Korban di Masjid Muhammadi, Angkasapuri, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A, B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

TETITIA YUSOFF