fb fb fb fb fb

Penyasaran semula subsidi petrol, diesel dilaksana dalam 3 kaedah

FOTO HIASAN/FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 6 November -Penyasaran semula subsidi petrol dan diesel akan dilaksanakan dalam tiga kaedah serta dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, sebanyak RM58.1 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2024 untuk membiayai pelbagai bentuk subsidi dan bantuan kepada rakyat.

"Antaranya dengan pemberian subsidi secara bersasar mengikut pendapatan secara individu melalui pendekatan perlindungan sosial.

"Kedua ialah pemberian secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja secara bersih isi rumah melalui pendekatan hibridiaitu melalui penggabungan perlindungan sosial dan ketiga ialah pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan manakala ketiga pemberian subsidi secara bersasar mengikut kelayakan pendapatan boleh belanja bersih secara isi rumah dan individu tetapi dilaksanakan menggunakan kaedah kad subsidi," katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Tambah Rafizi, sejak Sejak 2015 hingga 2023, jumlah subsidi serta bantuan sosial yang ditanggung kerajaan berjumlah RM.294.5 bilion.

Dalam pada itu, langkah awal telah dilaksana kerajaan bagi menyelaras Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) bagi mencapai sasaran Kajian Separuh Penggal.

Menurut Rafizi fokusnya ialah memastikan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi dapat dicapai sebagai enjin pertumbuhan baharu ekonomi negara.

Kata Rafizi, peranan agensi kerajaan dan GLC melalui kaedah 'satu tingkap' turut diselaras bagi elak pertindihan fungsi serta mudahkan urusan dengan syarikat pemula.

"Kementerian Ekonomi juga telah membangunkan program eksekutif digital yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan digital dalam sektor awam dan swasta program yang dibangunkan khas oleh Asian Business School dengan penglibatan syarikat teknologi seperti IBM, Google.

"Selain itu penglibatan pegawai dari sektor awam akan dapat menyumbang kepada taransformasi pendigitalan dan pengambilan pertama telah bermula November ini", katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh wakil Indera Mahkota, Datuk Sri Saifuddin Abdullah di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD