fb fb fb fb fb

Penyalahgunaan dadah membimbangkan, peranan keluarga diperkasa

FOTO HIASAN

KULIM, 15 Februari- Gejala penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin membimbangkan.

Statistik menunjukkan jumlah individu terlibat dalam penyalahgunaan dadah meningkat daripada 137,176 pada tahun 2022 kepada 192,857 pada tahun 2024.

Menteri Dalam Negeri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kebanyakan penagih berusia berusia antara 15 hingga 39 tahun dan Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah.

Sehubungan itu, AADK telah menjalankan 29 program dengan 3,371 aktiviti yang menyasar pelbagai kumpulan.

Ia termasuk institusi pendidikan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru, komuniti dan tempat kerja untuk menggalakkan sokongan kolektif.

"Pengukuhan institusi keluarga khususnya, ibu bapa sebagai benteng pertama dalam mencegah penyalahgunaan dadah dan bahan dilihat, bagi pesanan supaya lebih peka, lebih prihatin dan aktif dalam membimbing anak-anak untuk mengurangkan risiko," katanya.

Beliau berucap pada Program AADK Bersama Masyarakat sempena Sambutan Peringatan Hari Anti Dadah 2025 di Kulim, Kedah.

Program bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan NGO serta memperluas kempen kesedaran dengan bertemakan “Pencegahan Dadah: Tanggungjawab Bersama”.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE