fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal terlibat kemalangan di Perak maut, tertimbus muatan batu

Foto SUK Perak

IPOH, 6 Jun- Seorang penunggang motosikal maut selepas tertimbus muatan batu dalam kemalangan dengan sebuah treler di Jalan Tanjung Tualang-Malim Nawar pada Rabu.

Mangsa, Hanafiah Ismail, berusia 59 tahun yang juga Penghulu Mukim Teja disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sebuah majlis di Ipoh.

Pihak JBPM Perak menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 8.02 malam semalam.

Susulan itu, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar diatur gerak ke lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM