KUCHING, 2 Oktober - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Stutong, Kuching, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu berkata mangsa yang berumur lingkungan 20-an dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kereta jenis sedan.
"Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.
"Pemandu kereta yang terlibat kemalangan itu, tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.