GEORGE TOWN, 15 Oktober - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad, kemalangan berlaku sekitar pukul 1.45 pagi.
"Ketika kejadian motosikal yang keluar dari Jalan Tembaga dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah Jalan Air Itam menuju ke Jalan Rumbia.
"Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, pemandu kereta berusia 26 tahun tidak cedera dan disahkan bebas daripada pengaruh alkohol serta dadah.