Penunggang motosikal golongan berisiko tinggi maut

Zulhaidi Mohd Jawi

KUALA LUMPUR, 8 April – Penunggang motosikal dikenal pasti sebagai golongan paling berisiko tinggi dalam kemalangan maut dengan 10 kes kematian direkodkan dalam tempoh sehari.

RINGKASAN BERITA AI
  • MIROS melaksanakan inisiatif Sistem Pengangkutan Pintar ITS untuk mengurangkan kemalangan motosikal.
  • Projek ITS bersama JPJ dan kementerian memberi penilaian serta penarafan kepada industri dan pengguna.
  • Aplikasi ITS dapat mempertingkatkan kewaspadaan penunggang terhadap persekitaran dan potensi bahaya.
  • Pengguna jalan disarankan bersifat rasional; pemanduan pertengahan elak terlalu laju atau terlalu perlahan yang membahayakan.

Pengarah Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB) MIROS, Zulhaidi Mohd Jawi berkata, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) melaksanakan inisiatif Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) sebagai langkah mengurangkan kadar kemalangan motosikal yang tinggi.

“Contohnya sekarang kita mengusahakan projek ITS bersama dengan JPJ dan kementerian dan kami memberi penilaian atau penarafan di peringkat industri dan konsumer,” katanya selepas menjadi tetamu Program Bicara Naratif di Angkasapuri, Kota Media.

Dengan mewujudkan aplikasi berkenaan, ia mampu mempertingkatkan kewaspadaan penunggang motosikal terhadap persekitaran serta potensi bahaya yang mungkin boleh berlaku.

Pengguna jalan raya juga disarankan supaya bersifat lebih rasional dalam setiap pemanduan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

“Sebenarnya yang perlu ada adalah yang kita panggil rasional. Jadi, tanpa rujuk buku pun kita perlu melihat persekitaran kita. Sesuai laju kalau di lebuh raya, sebab lokasi itu juga tidak boleh pandu perlahan.

“Semuanya yang kita buat mempunyai rasional dan berada di pertengahan, maknanya ia tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Pemanduan yang lambat juga dikhuatiri mengundang bahaya dan kesesakan melampau,” katanya lagi.