KUALA LUMPUR, 17 Disember- Penubuhan Startup ASEAN bawah Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025, langkah penting dalam memperkukuh ekosistem syarikat pemula serantau.
Ia berperanan dalam menghubungkan startup teknologi di seluruh rantau, memperkasakan pengasas dan merapat rangkaian tempatan serta global ASEAN yang disokong semua 10 negara anggota.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, Startup ASEAN dicipta untuk mempromosi Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam ekosistem startup ASEAN.
Selain, berfungsi sebagai pintu masuk kepada komuniti startup ASEAN yang dinamik.
"Ini adalah permulaan kepada pertumbuhan teknologi dan inovasi yang telah banyak memberi manfaat kepada masyarakat. Melalui MOSTI, malaysia telah lama mengiktiraf peranan syarikat pemula dalam membangunkan ekonomi dan perkembangan teknologi.
"Sebagai Pengerusi ASEAN, kita kekal hubungan baik dengan China tentang sains, teknologi dan inovasi dari Julai 2024 hingga Jun 2027," katanya.
Beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Startup Asean Malaysia – China Summit 2024 di Kuala Lumpur.