fb fb fb fb fb

Penubuhan MMC, beri kebebasan lebih luas kepada media

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching/BERNAMA

CYBERJAYA, 27 Oktober- Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Maljis Media Malaysia (MMC) akan dibentangkan di Parlimen pada sidang Mac tahun depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, MMC yang ditubuhkan akan memikul tanggungjawab mewujudkan tatakelakuan serta memberi kebebasan yang lebih luas kepada media.

"Sekiranya kita dapat kelulusan daripada jemaah menteri, langkah seterusnya sudah tentu adalah untuk kita membawanya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan selepas mendapat 'lampu hijau' daripada AGC, matlamat kami adalah membentangkan RUU ini pada sidang pertama tahun 2024", katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Pasca Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di sini hari ini.

MMC akan meliputi semua jenis media di Malaysia iaitu media cetak, elektronik dan dalam talian yang akan memperkasa dan memastikan kebebasan media serta hak-hak pengamal media dipelihara sementara memastikan pengamalan media yang lebih bertanggungjawab.

ROSLINA BINTI DIN