fb fb fb fb fb

Penswastaan Boustead Holdings terus raih momentum

KUALA LUMPUR, 18 Mei- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan kemajuan dalam usaha untuk menswastakan Boustead Holdings Berhad (BHB).

LTAT dalam satu kenyataan berkata, "pada masa ini, pegangan sahamnya di dalam BHB adalah 90.49% yang dikumpulkan daripada pemerolehan melalui pasaran terbuka dan penerimaan daripada pemegang saham melalui tawaran."

Bagi mengelakkan keraguan, pada tarikh Notis Tawaran, pegangan saham LTAT di dalam BHB adalah sebanyak 59.42%.

LTAT telah mengeluarkan Notis mengenai Tawaran Pengambilalihan Sukarela Bersyarat kepada Lembaga Pengarah BHB pada 2 Mac untuk baki 40.58% saham yang tidak dimilikinya untuk tawaran tunai sebanyak 85.5 sen sesaham.

Ketua Eksekutifnya, Dato’ Nazim Rahman berkata, perkembangan terbaharu ini merupakan peristiwa penting dalam urus niaga korporat LTAT.

Ini kerana ia membolehkan LTAT menyahsenaraikan BHB dalam tempoh tarikh tutup pertama pada 22 Mei tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang diperolehi untuk memenuhi syarat Tawaran.

Namun Tawaran itu kekal bersyarat sehingga mendapat kelulusan badan kawal selia.

(Foto hiasan)

Media Baharu