fb fb fb fb fb

Penstrukturan semula ekonomi, pelbagai faktor & cabaran diambil kira

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 3 Mei- Kerajaan mengambil kira pelbagai faktor dan cabaran dalam menstrukturkan semula ekonomi bagi memastikan impak yang menyeluruh.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, pendekatan kerajaan dalam membina program yang mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi adalah berpandukan keperluan kumpulan sasaran.

"Saya bagi contoh, basmi kemiskinan. Basmi kemiskinan di bandar lain, basmi kemiskinan di luar bandar lain dan pedalaman lain.

"Jadi sebenarnya kompleksiti di peringkat penggubal dasar dan pelaksana ini perlulah berubah mengikut kehendak zaman dan masyarakat. Itulah yang sedang kita laksanakan", katanya di INTAN Minister's Conversation (IMC) 2024 di ibu negara..

Beliau turut menambah, pihaknya turut membangunkan program ekonomi yang sesuai dengan penerimaan kumpulan sasaran bagi memastikan wang yang dilaburkan memberi kesan dan membuahkan hasil.

IMC merupakan salah satu daripada Program Bitara Intan yang melibatkan pemimpin-pemimpin tinggi kerajaan dan perkhidmatan awam yang membicarakan perkara berimpak tinggi serta berskala besar.

ROSLINA BINTI DIN