fb fb fb fb fb

Penjawat awam terima Bantuan Khas RM500 Februari 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam di Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan khas itu turut diberikan kepada lantikan kontrak.

Sementara itu, pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

"Bantuan ini akan disalurkan pada bulan Februari 2025," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Belanjawan 2024 terdahulu, penjawat awam menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Sementara itu, RM1,000 kepada semua JUSA melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota
beruniform.

Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

 

GRACE AISYAH KEDAYAN