fb fb fb fb fb

Penjawat awam Selangor terima "duit raya" sebulan gaji

(Foto Amirudinshari.com)

SHAH ALAM, 31 Mac- Penjawat awam di Selangor akan menerima Insentif Khas Aidilfitri Kita Selangor sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang dibayar ke akaun masing-masing selewat-lewatnya pada 21 April.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bayaran itu merangkumi penjawat awam bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, penjawat awam persekutuan bawah pentadbiran SUK Selangor serta Ahli Majlis dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)

Selain itu, pemimpin masyarakat seperti Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Setiausaha MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti, Penyelia Pusat Wanita Berdaya Selangor dan Penggerak Belia Selangor akan menerima sebulan elaun. 

Amirudin juga mengumumkan bahawa penggerak masjid (nazir, imam rawatib, siak, bilal) serta guru rakyat (sekolah rendah agama, Kafa dan pra) akan menerima bantuan khas sebanyak RM500.

"Sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan komitmen penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di negeri ini seperti polis, tentera, guru dan jururawat yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, turut akan menerima sebanyak RM200 secara sekali beri," kata Amirudin ketika berucap dalam Program Iftar Rapat Rahmah Ramadan Menteri Besar Selangor Bersama Warga Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz di sini.


(Datuk Seri Amirudin berkata Penjawat awam Selangor terima "duit raya" sebulan gaji)

 

Media Baharu