fb fb fb fb fb

Penjawat awam Pulau Pinang nikmati bonus setengah bulan gaji

Pembayaran BKK RM300 turut dipanjangkan kepada guru dan kakitangan sekolah agama serta sekolah persendirian cina /FOTO FACEBOOK Chow Kon Yeow

GEORGE TOWN, 22 November - Penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.

Pengagihannya akan dibuat Disember ini dengan implikasi kewangan RM6.88 juta.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow membuat pengumuman itu menerusi Belanjawan 2025 Pulau Pinang, sebagai penghargaan kepada sumbangan perkhidmatan awam.

Ia akan memanfaatkan kira-kira 4,022 penjawat awam di negeri berkenaan.

"Pembayaran BKK RM300 turut diberikan kepada penyelia dan guru KAFA, guru dan kakitangan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR), Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), tahfiz, pondok, tadika Islam serta sekolah persendirian Cina," katanya pada pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini.

Bertemakan ‘Ekonomi Madani, Rakyat Diperkasa, Negeri Sejahtera’, belanjawan tersebut berjumlah lebih RM940 juta bagi perbelanjaan mengurus.

Jumlah itu berkurangan 10.19% berbanding Belanjawan 2024 negeri iaitu RM1.04 bilion.

Belanjawan ini merupakan sejarah defisit terendah kerajaan negeri dengan nilai RM33.63 juta.

Trainee