fb fb fb fb fb

Penjawat Awam perlu cekap dan proaktif

(FOTO RTM)

KANGAR, 22 Jun-Penjawat awam perlu bertindak dan membuat keputusan dengan pantas dalam sesuatu urusan demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, warga Pentadbir Universiti Awam perlu bertindak sebagai agen perubahan dan seterusnya berupaya mengetuai sesuatu perubahan khususnya dalam persekitaran yang tidak menentu.

Pentadbir universiti merupakan teras kepada ekosistem universiti yang sama penting dengan peranan dan tanggungjawab para akademik.

Kecemerlangan universiti juga bergantung kepada kecekapan pihak pengurusan dalam mentadbir dasar dan proses kerja di semua peringkat organisasi’.

Baginda berharap agar para pentadbir universiti melalui MASTI terus menerokai potensi dan peluang-peluang baharu dalam memperkasakan lagi bakat pentadbir seterusnya memberi manfaat kepada komuniti sejagat.

Demikian titah baginda ketika merasmikan Majlis Santapan Budi Gemilang MASTI 2023’ yang dianjurkan oleh Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) di Hotel Seri Malaysia pada Rabu.


(FOTO RTM)

Media Baharu