
LABUAN, 14 Mac – Warga sektor awam di Labuan meluahkan rasa syukur selepas menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM500 menjelang sambutan Aidilfitri.
- Penjawat awam luah rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan yang meringankan kos persiapan sambutan Raya.
- Bantuan digunakan untuk membeli kuih raya, baju raya dan keperluan lain termasuk persiapan balik kampung.
- Sebabkan ada penerima yang tidak menyambut turut berbelanja bersama keluarga, dan bayaran disalurkan terus ke akaun masing-masing.
Penjawat awam Faridah Sapon berkata bantuan itu membolehkan beliau membeli keperluan sambutan hari raya.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan ini. Dengan RM500 ini ia meringankan perbelanjaan saya selain boleh digunakan untuk membeli kuih raya dan baju raya,” katanya.
Bagi penolong penguasa bomba Huzyan Malikin pula, bantuan berkenaan akan digunakan untuk keperluan sambutan Syawal dan persiapan balik kampung.
“Kerajaan sentiasa bersama rakyat untuk meringankan beban mereka. Bagi saya, bantuan ini digunakan untuk keperluan sambutan Raya, terutamanya kerana saya akan balik kampung,” katanya.
Meskipun penolong jurutera Elveron Jomilin tidak menyambut Aidilfitri namun bantuan berkenaan memberi ruang kepadanya untuk turut sama berbelanja bersama keluarga.
“Pertama sekali, terima kasih kepada kerajaan atas Bantuan Khas Kewangan ini. Walaupun kami bukan yang secara langsung meraikan hari raya, bantuan ini membolehkan kami turut sama berbelanja bersama yang lain,” katanya.
Semalam, BKK 20026 bernilai RM500 disalurkan kepada warga sektor awam secara terus ke akaun masing-masing.