fb fb fb fb fb

Penjawat awam bakal terima bantuan khas RM300

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Julai- Kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam melihat kepada kemampuan kewangan Kerajaan.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, selepas kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

"Bantuan khas ini akan memanfaatkan seramai 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak serta lebih sejuta pesara.

"Dengan pemberian permulaan ini penjawat awam diharap akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan," katanya ketika Majlis Peluncuran Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu