fb fb fb fb fb

Peniaga patuhi had harga siling minyak masak

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Langkah proaktif kerajaan berjaya mengurus dan mengawal kenaikan harga barang dengan baik.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata setakat tengah hari tadi, pemeriksaan telah dibuat di lebih 200 premis seluruh negara.

Hasil tinjauan penguat kuasa mendapati kadar pematuhan peniaga terhadap had harga maksimum minyak masak didapati mencapai tahap 100%.

Malahan 17% peniaga menjual pada harga lebih rendah berbanding harga siling ditetapkan.

"Hasil hari pertama tinjauan didapati minyak masak kemasan 1 kilogram dijual pada harga RM6.70 hingga RM7.70 sebotol, kemasan 2 kilogram pada harga RM 12.70 hingga 14-17 sekilogram, 3 kilogram RM21.30 hingga RM21.70 sebotol dan 5 kilogram dijual pada harga RM28.90 hingga RM34.70 sebotol," kata Annuar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi di bangunan Parlimen.

(Tan Sri Annuar dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas
Jihad Tangani Inflasi di bangunan Parlimen)

Berkuat kuasa hari ini, harga maksimum minyak masak ditetapkan pada paras RM34.70 bagi botol 5 kilogram manakala botol 1 kilogram ialah RM7.70, 2 kilogram (RM14.70) dan botol 3 kilogram RM21.70.

Minggu lepas, kerajaan menetapkan harga maksimum minyak masak dalam botol secara bulanan berdasarkan harga satu tan metrik minyak sawit mentah yang diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Media Baharu