fb fb fb fb fb

Peniaga diingatkan tidak naik harga ikan sepanjang musim tengkujuh

Faiz Fadzil

TELUK BAHANG, 6 November- Bekalan ikan untuk keperluan seluruh negara adalah mencukupi ketika musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan ini sehingga Mac tahun depan.

Justeru, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil mengingatkan semua pemborang dan peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan sepanjang musim tersebut kerana pihaknya telah melakukan persiapan awal.

"Di pihak LKIM, kita ada 90 metrik tan simpanan ikan yang kita bekerjasama dengan rakan dagang dan pihak swasta. Keseluruhannya ada 1,600 metrik tan ikan simpanan. (Jadi) tidak seharusnya harga ikan melambung.

"Saya harap pihak peniaga ataupun dalam setiap layer of chain of supply (rantaian bekalan) itu tidak mengambil kesempatan kerana monsun, sedangkan kita yakin simpanan kita mencukupi untuk rakyat Malaysia," katanya pada sidang media Majlis Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pulau Pinang.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan peralatan penangkapan ikan kepada nelayan golongan B40 terpilih bagi Daerah Timur Laut dan Barat Daya Pulau Pinang.

SITI AISHAH BINTI MD ISA