SEREMBAN, 1 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barangan jualan, apabila berlakunya permintaan tinggi sempana musim perayaan Hari Raya Aidiladha ini.
Timbalan Menterinya Fuziah Saleh berkata, harga barangan jualan tersebut perlu munasabah atau mereka bakal berdepan tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 jika didapati melakukan kesalahan itu.
"Kita juga bawah kita ialah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, kita boleh mengambil tindakan sekiranya kita lihat ada kenaikan harga yang tidak munasabah.
"Jadi saya menggesa kepada para peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dalam musim perayaan apabila ada permintaan inggi untuk tarik harga kerana sekiranya ia didapati tidak munasabah dan kita akan ambil tindakan," kata Fuziah.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) 2024, di sini.
Kempen yang digerakkan KPDN bersama-sama rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu bertujuan membentuk keperibadian baik dalam kalangan anak muda.
Program itu juga mendapat kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).