fb fb fb fb fb

Pengusaha produk farmaseutikal diminta siap sedia hadapi tarif AS

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad

TAPAH, 10 April - Pengusaha produk farmaseutikal dalam negara diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan, susulan pengumuman Amerika Syarikat (AS) yang akan mengenakan tarif kepada produk tersebut, semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya sedang meneliti perkembangan tersebut yang dilihat boleh menjejaskan sektor perubatan negara.

"Saya dalam kabinet bermesyuarat, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyebutkan tarif tentang farmaseutikal ini masih dalam proses, di saat-saat akhir dibuat pengumuman dan mereka sedang menantikan pengumuman tentang tarif farmaseutikal. Apakah dikecualikan daripada 24 peratus itu. Itu yang saya mahu tunggu," kata Dr Dzulkefly.

Beliau ditemui media pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Ramah Mesra bersama Warga Kerja Kesihatan Daerah Batang Padang di Hospital Tapah.

Dalam perkembangan lain, susulan kebakaran saluran paip di Putra Heights Dr Dzukefly Ahmad berkata, tiada fasiliti hospital terjejas akibat daripada kejadian itu dan tiada kematian dilaporkan setakat hari ini.

"Sejujurnya tidak ada. Alhamdulillah disebalik satu kebakaran yang tragis hingga ke saat ini belum dengar lagi satu kematian walaupun ada di Unit Rawatan Rapi (ICU). Juga fasiliti-fasiliti kami tidak ada yang terjejas," katanya.

TETITIA YUSOFF