fb fb fb fb fb

Penguasaan tunggal Petros dalam jualan gas bakal tingkat pendapatan negeri

Datuk Seri Julaihi Narawi ditemui media selepas menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sebuyau di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau / FOTO RTM

SEBUYAU 16 September- Aktiviti jualan dan pengagihan gas dijangka berupaya mengembangkan hasil pendapatan negeri.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata ia tidak mustahil dicapai dengan penguasaan tunggal syarikat Petros yang berperanan penuh sebagai agrigator gas.

Pun begitu, buat masa ini katanya masih terdapat beberapa perkara yang perlu diselesaikan dengan Petronas sebelum dapat meraih hasil percukaian daripada aktiviti terbabit.

Aktiviti pengagihan gas kini dijalankan sepenuhnya oleh anak syarikat Petronas dan Petros, P Niaga.

Datuk Seri Julaihi bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sebuyau di Masjid Al-Muflihin, Sebuyau hari ini.

Beliau sebelum itu menyertai lebih 600 rakyat Sebuyau dalam perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sejumlah 10 kontingen melibatkan lebih 600 penduduk menyertai perarakan kali ini membabitkan laluan sejauh tiga kilometer.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE