fb fb fb fb fb

Pengharaman vape di Sarawak dilakukan secara berperingkat

Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK)

KUCHING, 24 Ogos - Pengharaman rokok elektronik atau vape di Sarawak akan dilaksanakan secara berperingkat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Datuk Seri Fatimah Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, Kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan serta menyokong program-program pencegahan dan intervensi.

"Perkara ini bagi membantu individu yang menghadapi masalah ketagihan rokok elektronik atau vape sebelum pengharaman sepenuhnya dilaksanakan Sarawak.

"Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada 20Jun lepas telah berjaya merampas 4,958 katrij cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM7.2 juta.

"Manakala Jabatan Siasatan Jenayah Norkotik(JSJN) Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Sarawak merekodkan sembilan kes melibatkan 15 tangkapan untuk kesalahan memiliki cecair rokok elektronik atau vape yang mengandungi bahan terlarang dengan rampasan sebanyak 209.55 mililitter sejak 2023," menurut kenyataan itu.

Kerajaan Sarawak akan terus komited untuk melaksanakan tindakan pencegahan dan rujukan mendapatkan rawatan penagihan vape termasuk kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sarawak, dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.

Kerjasama turut dilakukan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) melalui Majlis Pembangunan Sosial (MPS) akan melaksanakan pelbagai program kesedaran.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI