
GEORGE TOWN, 12 Jun – Tiga kanak-kanak warga Indonesia yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), disatukan semula dengan keluarga mereka, menerusi penghantaran pulang ke negara asal.
- Tiga kanak-kanak warga Indonesia di bawah jagaan JKM disatukan semula dengan keluarga melalui penghantaran pulang ke negara asal.
- Penghantaran pulang diselaraskan hasil kerjasama JKM, Konsulat Jenderal Republik Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
- Kerajaan Negeri komited memastikan hak serta perlindungan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.
Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, Lim Siew Khim memaklumkan, kesemua kanak-kanak berkenaan berusia antara satu hingga tiga tahun dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas usaha mengesan waris berhasil.
“Kejayaan itu, hasil kerjasama antara JKM, Konsulat Jenderal Republik Indonesia dan Jabatan Imigresen Malaysia setelah waris dikenal pasti, proses dokumentasi serta urusan penghantaran pulang diselaraskan,”katanya.
Kerajaan Negeri tegasnya komited memastikan hak dan perlindungan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.