fb fb fb fb fb

Penghalaan DNS, MCMC anjur sesi libat urus

Sesi libat urus mengenai pengalihan Sistem Nama Domain (DNS) anjuran MCMC / Foto MCMC

KUALA LUMPUR, 9 September – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengadakan program libat urus bersama syarikat-syarikat teknologi untuk membincangkan isu pengalihan Sistem Nama Domain (DNS) susulan keputusan untuk tidak meneruskan pelaksanaan pengalihan sistem tersebut.

Sesi itu bertujuan memberi penjelasan mengenai isu DNS dan memperbetulkan persepsi masyarakat, serta mendapatkan input daripada pakar bagi memastikan pendekatan alternatif dalam menangani kandungan memudaratkan (online harms).

"Perbincangan menumpukan usaha MCMC dalam memerangi kandungan memudaratkan melalui kempen advokasi dan kerjasama dengan penyedia perkhidmatan.

"MCMC juga akan meneruskan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan bagi memastikan objektif Internet yang lebih selamat tercapai," menurut MCMC menerusi kenyataan.

Sesi libat urus dikendalikan Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian MCMC, Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen, Ketua Kaunsel Perundangan MCMC, LS. Leonard, Ketua Bahagian Pengurusan Keselamatan Rangkaian dan Maklumat MCMC, Syed Mokhsien Syed Mansor serta Ketua Bahagian Perkhidmatan Teknologi Responsif dari Cybersecurity Malaysia, Ts. Mohd Zabri Adil bin Talib.

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN