fb fb fb fb fb

Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia perkukuh hubungan serantau

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyempurnakan majlis peluncuran Forum Ekonomi Malaysia 2025 ketika di KLCC/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Januari- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, mulakan peranannya dengan memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keamanan, kestabilan politik serta dasar yang jelas menjadi petunjuk utama kepada kekuatan ekonomi sesebuah negara.

"Ini yang kita tekankan bersama Perdana Menteri Singapura, tidak menganggap kekuatan harus di Malaysia dan yang lain dipinggirkan atau kekuatan di Thailand dan yang lain dipinggirkan.

"Sebaliknya, mencari jalan dan kaedah menyelesaikan dan membincangkan isu-isu yang merumitkan kita, termasuk Myanmar kerana prasyarat utama untuk mengangkat kekuatan ekonomi, keamanan, kestabilan politik (adalah) melalui dasar yang jelas, dasar ekonomi yang dapat memangkin kekuatan melalui penglibatan sektor swasta dan kecekapan sektor awam", katanya.

Beliau berucap pada Majlis Peluncuran Forum Ekonomi Malaysia (FEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri.

ROSLINA BINTI DIN