fb fb fb fb fb

Lima pengendali mudah alih suntik RM233 juta kepada DNB

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 1 Disember- Lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) akan menyuntik sebanyak RM233 juta kepada Digital Nasional Berhad (DNB).

Perkara itu bertujuan memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaan rangakaian 5G di Malaysia.

Lima pengendali terlibat sebagai pemegang ekuiti telah memetrai perjanjian langganan saham (SSA) dengan DNB, iaitu Maxis, CelcomDigi, U Mobile, TM dan YTL.

"Proses ini syarikat MNO duduk semeja dan berbincang... Ini sangat penting untuk kita wujudkan DNB supaya dapat segerakan pelaksanaan 5G.

"Apabila bekerjasama kita boleh capai banyak perkara. Kita teruskan usaha, hubungan kerja baik yang erat supaya dapat diterjemah 5G secara menyeluruh, bermutu dan kualiti dapat dipertingkat," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan pemeteraian SSA di ibu negara.

Setakat Oktober 2023, langganan 5G telah mencapai RM3.6 juta sementara itu kadar penerimagubaan berada pada tahap 10.8 peratus.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI