fb fb fb fb fb

Pengecualian visa, aspek keselamatan negara tidak diabaikan - PM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 29 November - Kerajaan memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agensi keselamatan telah diminta untuk memperketat tapisan keselamatan supaya kemudahan pengecualian visa tidak menjejaskan keselamatan negara.

"Ada ahli yang berhormat gusar kerana isu keselamatan dibangkitkan maka agensi keselamatan telah diminta perkuatkan penapisan aspek keselamatan supaya kemudahan ini tidak jejaskan keselamatan negara," katanya.

Anwar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, di sini.

Sebelum ini kerajaan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia mulai 1 Disember ini dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China.

Ini merupakan tambahan kemudahan pengecualian visa sedia ada yang kini dinikmati rakyat dari negara Teluk dan lain-lain negara di Asia Barat.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN