KUALA LUMPUR, 10 November-Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian serangan bom yang mengerikan di Quetta, Pakistan.
Kejadian itu meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan ramai lagi cedera.
"Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah yang mendalam kepada rakyat Pakistan yang sedang berkabung atas kehilangan yang tidak masuk akal dan memusnahkan ini.
Datuk Seri Anwar turut menzahirkan dukacita atas insiden itu serta menyifatkan tindakan kekejaman dan keganasan yang menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan sebagai tidak masuk akal dan mengerikan.
"Perbuatan kejam dan keganasan menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan adalah peringatan jelas mengenai ancaman berterusan dibawa oleh ekstremisme dan ideologi iaitu kuasa-kuasa yang merosakkan kemajuan dan keamanan dalam masyarakat Muslim," katanya dalam hantaran di Facebook.
Beliau turut menegaskan Malaysia juga berdiri teguh dalam solidariti bersama Pakistan untuk menentang keganasan.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh dalam satu tragedi pengeboman pada Sabtu yang menyasarkan stesen keretapi di wilayah Balochistan.
Letupan berlaku ketika para penumpang sedang menunggu di platform di stesen keretapi utama di ibu kota wilayah, Quetta.