fb fb fb fb fb

Pengambilalihan MASwings mampu selesaikan harga tiket mahal

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) melancarkan buku biografi Datuk Polycarp Lim Cheng Mong berjudul ' The Life Of Datuk Polycarp Lim Cheng Mong 'pada majlis pelancaran di sebuah hotel hari ini/FOTO BERNAMA

KUCHING, 20 Disember - Pengambilalihansyarikat penerbangan MASwings Sdn Bhd (MASwings) oleh kerajaan Sarawak mampu menyelesaikan masalah harga tiket penerbangan yang mahal setiap kali musim perayaan.

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, melalui pengambilalihan itu, kerajaan negeri akan menetapkan harga tambang dan akan diikuti syarikat penerbangan lain.

Katanya, proses akhir pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings dijangka dimuktamadkan pada suku kedua atau ketiga tahun depan.

"Setiap dua bulan kita ada perayaan dan setiap kali perayaan ada isu tambang. Mereka (syarikat penerbangan) ialah organisasi perniagaan jadi mereka mahu buat duit, tidak apalah. Kali ini kita ambil alih satu syarikat penerbangan dan kita beri tambang, untuk komuniti kita.

"Bagi saya projek pengambilalihan adalah seperti jambatan untuk kita. Sarawak tiada pilihan lain, kita tak boleh suruh orang berenang sebab kita pulau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku ‘The Life of Datuk Polycarp Sim Cheng Mong’ di sini, hari ini.

Beliau berkata, proses penilaian wajar terhadap syarikat itu sedang giat dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan bersama Kementerian Pengangkutan Persekutuan dan Khazanah Nasional Berhad.

GRACE AISYAH KEDAYAN