fb fb fb fb fb

Penerbit TRAXXFM, Lisham meninggal dunia akibat kanser usus

Jenazah allahyarham Lisham tiba di Surau Al Ehsan Kajang untuk disolatkan

KAJANG, 24 Disember- Penerbit, TRAXXFM, Muhammad Faizal Husaini Rashid, 45, meninggal dunia awal pagi tadi akibat penyakit kanser usus di kediamannya.

Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik, lebih dikenali sebagai Mamat Lisham mula bertugas di TRAXXFM sekitar 2011.

Sebelum itu, allahyarham bertugas sebagai penyampai radio sambilan di Langkawifm.

Jenazah allahyarham selamat tiba di Surau Al Ehsan Kajang untuk disolatkan dan akan dibawa ke Tasik Gelugor, Pulau Pinang untuk dikebumikan.

Sementara itu, rakan allahyarham iaitu Baizura Baharudin dan Raja Azhar Lotfie yang turut bersedih atas pemergian arwah menyifatkan allahyarham seorang yang baik dan rajin.



ROSLINA BINTI DIN