fb fb fb fb fb

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami “isu tekanan” semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 5.59 petang.

“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ia selamat mendarat pada pukul 8.18 malam. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM